Selasa, 29 Julai 2008

MasJiD KriSTaL

Pembinaan TTI Dan Masjid Kristal Jadi Mercu Tanda Umat Islam

Pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man di sini menjadi satu mercu tanda baru bukan sahaja kepada negeri Terengganu malah kepada seluruh umat Islam negara ini.Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah pembinaan TTI dan masjid itu akan membawa banyak faedah kepada rakyat dan negeri ini berdasarkan kedudukannya yang strategik."Ia memberikan satu daya tarikan dan wajah baru kepada pemandangan bandar Kuala Terengganu selaras dengan Bandaraya Warisan Pesisir Air yang diisytihar pada 1 Jan lepas."Keindahannya boleh menggamit pelancong dari dalam dan luar negara yang sekaligus boleh membantu perkembangan ekonomi dan menjana pendapatan rakyat khususnya para peniaga," titah Seri Paduka semasa merasmikan Masjid Kristal di sini petang ini.Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin.Seri Paduka turut memuji kerajaan negeri yang berusaha memacu Terengganu membina tamadun baru sejajar dengan tuntutan Islam dan perkembangan semasa.

Tuanku Mizan bertitah Terengganu pada masa kini telah banyak berubah wajah dan sedang pesat membangun bukan sahaja daripada segi fizikal dan pembinaan bangunan baru tetapi yang lebih penting adalah pembangunan daripada segi ilmu dan modal insan.Sementara itu, Idris berkata Masjid Kristal, yang dibina daripada kaca dan keluli, menjadi lambang manifestasi kejayaan dan kreativiti rakyat Terengganu adalah masjid pintar pertama di Malaysia itu dengan keluasan 2,146 meter persegi.Masjid itu boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.


Di bawah adalah beberapa gambar masjid kristal yang diambil:-

Masjid Kristal 1
Masjid Kristal 2
Masjid Kristal 3
Masjid Kristal 4
Masjid Kristal 5
Masjid Kristal 6

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam zam,

diya ni. huhu. baru sempat online. erm, diya rasa dah ok sgt blog zam ni. kekalkan jelah ye ;)