Selasa, 29 Julai 2008

MasJiD KriSTaL

Pembinaan TTI Dan Masjid Kristal Jadi Mercu Tanda Umat Islam

Pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man di sini menjadi satu mercu tanda baru bukan sahaja kepada negeri Terengganu malah kepada seluruh umat Islam negara ini.Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah pembinaan TTI dan masjid itu akan membawa banyak faedah kepada rakyat dan negeri ini berdasarkan kedudukannya yang strategik."Ia memberikan satu daya tarikan dan wajah baru kepada pemandangan bandar Kuala Terengganu selaras dengan Bandaraya Warisan Pesisir Air yang diisytihar pada 1 Jan lepas."Keindahannya boleh menggamit pelancong dari dalam dan luar negara yang sekaligus boleh membantu perkembangan ekonomi dan menjana pendapatan rakyat khususnya para peniaga," titah Seri Paduka semasa merasmikan Masjid Kristal di sini petang ini.Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin.Seri Paduka turut memuji kerajaan negeri yang berusaha memacu Terengganu membina tamadun baru sejajar dengan tuntutan Islam dan perkembangan semasa.

Tuanku Mizan bertitah Terengganu pada masa kini telah banyak berubah wajah dan sedang pesat membangun bukan sahaja daripada segi fizikal dan pembinaan bangunan baru tetapi yang lebih penting adalah pembangunan daripada segi ilmu dan modal insan.Sementara itu, Idris berkata Masjid Kristal, yang dibina daripada kaca dan keluli, menjadi lambang manifestasi kejayaan dan kreativiti rakyat Terengganu adalah masjid pintar pertama di Malaysia itu dengan keluasan 2,146 meter persegi.Masjid itu boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.


Di bawah adalah beberapa gambar masjid kristal yang diambil:-

Masjid Kristal 1
Masjid Kristal 2
Masjid Kristal 3
Masjid Kristal 4
Masjid Kristal 5
Masjid Kristal 6

SUKAN MALAYSIA DI TERENGGANU BARU-BARU INI

KOMPLEKS SUKAN GONG BADAK


STADIUM SULTAN MIZAN

PEMANDANGAN DARI UDARA

KOMPLEKS MINI DARUL IMAN

PEMANDANGAN TEPI STADIUM


stadium ini merupakan stadium antara yang tercanggih di malaysia melibatkan kos sebanyak 150 juta...reka bentuk yang menarik mampu memuatkan lebih kurang 90 ribu penonton.....



TERENGGANU CATAT SEJARAH


Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.




--ACARA PERASMIAN SUKMA ---

---LAGU TEMA SUKMA---


Datuk Ahmad Said turut hadir bagi memberi sokongan moral kepada wasir persilat



TERENGGANU berjaya mengalah Perlis 5 -1 di peringkat akhir SUKMA ke 12. Kemenangan ini Terengganu memperolehi pingat emas dan menambah emas ke 59 daripada 61 pingatn emas


Dengan semangat "ne'lang" iaitu semangat tidak takut kepada seisapa pun telah meletak kontingen Terengganu berada dipersada yang paling atas dengan pungutan emas . Tahniah atlet Terengganu.. mung memang ne'lang.



Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.



TERENGGANU memperolehi pingat emas 61, perak 39 & gangsa 47 telah meletak Terengganu menjadi juara SUKMA ke 12 yang baru. SUKMA ke 11 2006 di Kedah, Terengganu berada ditangga ke 11 & Terengganu menjadi pencabar baru.


DAS kata kompleks sukan Gong Badak tidak akan menjadi gajah putih kerana arena boling mempunyai 24 lorong & akan ditambah 24 lorong lagi sekiranya tempat ini tidak dapat menampung lagi, gelanggang squash, tasik akan didalam supaya formula future boleh dilansung disini, mempunyai tiga padang bola, padang hoki, bola padang, trek olahraga (selain Stadium Sultan Mizan, Stadium tertutup ( musim haji akan dijadi tempat jemaah berkumpul). Malah disini akan dilahirkan atlet yang terbilang


LAMAN WEB RASMI SUKAN MALAYSIA TERENGGANU 2008


acara sukma:-

1. Pencak silat
2. 100m lelaki

Isnin, 28 Julai 2008

BLuEs TEREnGGaNU KiTe ......




LAGU NA NA NA NA NA TERENGGANU KITE......YE HAAA...



MAGHI KITO DUK NYANYI RAMAI2...

1...2...3...

KALU TUANG GI PATA TIMOR
JANGAN LUPA MAGHI SOKMO
NERI TERENGGANU MEMANG SOHOR
TEMPAT MOLEK TANAH SUBOR---- 2X

NA NA NA NA NA TERENGGANU KITE---2X

PULAU KAPAS PULAU REDANG
KITE LALU IKUT MARANG
JANGAN LUPA KUALA BERANG
SEKAYU COMEL ZAMAN BERZAMAN--2X
NA NA NA NA NA TERENGGANU KITE---2X


TAKAT IKANG DI KUAL KEMAMANG
PETANG-PETANG WAT KEPOK GETEL
RAMAI ORANG ATAS GERE
MAIN DAM DUA TIGA PAPAN
DOK SEDOR SAMPAI KE MALANG
KEDAI PAYANG JUAL BUDU BELACAN
BATEK TEMBAGA DAN MACANG-MACANG

KALU NAK TRA NASI DAGANG
KITA PAKAT GI KAMPUNG LADANG
WAT BEKAL GI MERANG
DI SETIU PATA PERANGINANG
SINGGAH SEBENTOR KITA KE RANTAU ABANG
KITE TENGOK PENYU TELOR---2X


KITA SINGGAH KAT PRIMULA
BATU BURUK TEPI PATA
LAUT BIRU DI TANJUNG JARA
TEMPAT RILEK ORANG DOK KACA

TEMPAT RILEK ANAK2 DARA
COMEL2 BELAKA
NA NA NA NA NA TERENGGANU KITE---2X









---TRANUNG LENING---




Tahun Melawat Terengganu 2008 dilancarkan oleh kerajaan negeri Terengganu yang diketuai oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Ternyata Tahun Melawat Malaysia 2007 cukup berjaya dan mendorong kerajaan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu mengunakan promosi yang sama.
Antara program yang dijalankan adalah:
-Renang Antarabangsa Kapas-Marang
-Festival Wau Antarabangsa

-SUKMA 2008
-Karnival Terengganu
-Piala Monsun Terengganu




BATU BERSURAT TERENGGANU

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri






KANDUNGAN




Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an






Muka pertama




  1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
  2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam

  3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya

  4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.

  5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam

  6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.

  7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.

  8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
  9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
  10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.

  11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.




Muka kedua





  1. Keluarga di Benua jauh kan

  2. Datang berikan.keempat orang berpiutang.

  3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
  4. Kelima derma barang orang....(mar)dika.

  5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya.

  6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
  7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.

  8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
  9. Seratus ratun jika merdeka beristeri.

  10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.

  11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan.

  12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.




Muka ketiga





  1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........

  2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....

  3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....

  4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....

  5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........

  6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............



Muka keempat






  1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.

  2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.

  3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.

  4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.

  5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.


ASAL USUL NEGERI TERENGGANU

Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu", dan Terengan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang. "Terengnya ganu" ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi dilangit. Mereka pun menyatakan "Teren sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya". Sementara itu "Taring anu" dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 - 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan "taring anu" kerana dia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, diantara mereka dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di"Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu. Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. Walaupun kisah "Taring anu" tetapi peristiwa ini berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ) dan melibatkan penduduk tempatan. Kisah ini menyatakan yang "Taring anu" berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja "taring anu tuanku". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu. Sebuah kisah lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan sama ada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan jawab sama ada ke "Terengan ni" atau "Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.